Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 10)
23 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-10 ini bertujuan untuk mempraktikkan cara menjahit kurung moden dan skirt duyung.
Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada masa yang lepas. Dalam kelas ini, peserta telah belajar tentang cara menjahit zip, mencantum kain, menjahit getah pinggang dan menjahit kemasan hujung tangan, bawah baju dan bawah skirt.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: